Monday, October 25, 2010

~ ujian dan dugaan ~

bismilahirrahmanirrahim...

sje wat blogwalking...terbaca 1 article ni...nk share ngn korg sume..=)


Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

~~ teringt tgk cerita semalam kt TV3...taubat nasuha...masyALLAH, ALLAH ambil sekaligus org yg dia sygi.kerna mulut bdn binasa..ALLAH mkbulkan apa yg dia cakap terhdp ank2nya." kalu cmni, xwujud pun xpa".mksdnya, tiada ank2 lagi aman hidup dia..sedih sgt tgk crita tu sbb ank2 n isterinya yg sdg pregnant dibunuh dgn kejam..lakonan sheily rusli n fauzi nawawi....(T.T)
~~hmm...kita patutnya bersyukur dgn apa yg kita ada n syg dgn apa yg kita ada....jgn kita sesali dikemudian hari  setelah dia pergi slmanya dari hidup kita..hrgai tiap org yg muncul dlm hidup kita, xkira kejap ataupun lama...ALLAH Maha Mengethui apa yg terbaik dlm hidup kita..

sayangilah org yg tersayang terutamanya FAMILY sementara mereka mseh ada...

2 comments:

Cik Akma said...

alaa tin, ma x tgk cte tu smlm. tgk FFM huhu nyesal la plak ;(

Qaseh Dania said...

hehe..xpe ma, mgkin nnti ade ulangn kee..hehe..sedih tgk crite tu ma...nges tin..hihi..