Wednesday, October 27, 2010

~ jodoh kita ~

bismilahirrahmanirrahim....
coretan drpd seorang wanita biasa....


hari ni wat lagi blogwalking sal jodoh plak.hehe..sebab hujung2 tahun ni byk betul kenduri kahwin..last week ade dua, this week ade dua jgk ..ade yg pesan kek kat my mom...bertingkat2 keknya..bhgiaanyaa..siap nk mawar merah lagi...nice kan...=)


jodoh kita ditangan ALLAH..kita hny merancang kn, DIA tentukan semuanya....jika ditakdirkan dgn dia, insyALLAH akn bersama..




Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”(Surah Ar-Rum: 21)

kita xtau siapa bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup dgn kita selamanya kn??  Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita kn??mcm ciri kita nak..semestinya kita mahukan yg terbaik utk pasangn kita tu kan..tp, jgnlah terlalu memilih ye..mintk petunjuk DIA dgn solat istikharah...insyALLAH akn dpt petunjuk..


Salah satu hadis tentang kriteria memilih pasangan hidup adalah berikut:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya : Wanita dinikahi kerana empat faktor. Kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.


ade petikan dialog daripada filem syurga cinta...

Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan.

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Yang kedua pula ialah Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"
 


“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”



apepun..kita haruslah bersyukur dgn apa yg ALLAH kurniakan pada kita kan..=)

No comments: