coretan drpd seorang wanita biasa....
dlm sem baru ni rasanya cm byk novel jgk sye baca...yelah, al-maklumlah, class byk jgk xde kan..hehe..novel2 suma dipinjamkan oleh my housemates..thnks tau..hehe..cerita ni pu sedih jgk..
sinopsis novel...=)
"Syabab Musafir Kasih" mengisahkan tentang seorang kanak-kanak kecil bernama Syabab yang hidupnya seperti kanak-kanak terbiar kerana kurangnya perhatian daripada seorang ibu tunggal. Syabab anak bongsu dalam keluarganya, mempunyai sifat yang berbeza daripada adik-beradiknya yang lain. Kelincahan Syabab di kampung tempat tinggalnya kadang-kadang mengundang rasa kurang selesa penduduk kampung tersebut krn Syabab sgt nakal semasa kecil.
Banyak ibu bapa yang melarang anak-anak mereka bergaul dengan Syabab kerana anak kecil itu agak nakal dan sentiasa mencetuskan masalah. Seorang jiran bernama Nur Mumtazah yang sanggup memberikan perhatian kepada Syabab seperti adik kandung sendiri. Perhatian yang diberi kadang-kadang melebihi perhatian terhadap adik sendiri sehingga mencetuskan rasa cemburu di hati seorang adik. Perhatian yang diberi oleh Mumtazah akhirnya membesarkan Syabab dalam suasana Islam. Syabab mndpt peluang utk menymbung peljarannya di Mesir.
Syabab membesar menjadi seorang pemuda yang hebat, menjadi salah seorang pejuang Islam di kampung halamannya yang penuh dengan pemuda yang kurang faham tentang Islam. Tanggungjawab Syabab agak besar untuk membimbing pemuda kampungnya ke arah kehidupan yang lebih baik termsuklah keluarganya sendiri. Dia memilih Mumtazah yang lebih tua darinya sebagai suri hidup banyak membantu dalam perjuangannya sebagai seorang mujahid.
No comments:
Post a Comment