Saturday, November 6, 2010

~ tmpt mngadu ~

bismilahirrahmanirrahim.... 
coretan drpd seorang wanita biasa....


Dalam kehidupan kita ini, pelbagai peristiwa dan kejadian yang berlaku. Pejam celik semuanya berlalu dengan pantas, tiada masa lagi untuk berundur ke belakang. Time dulu, sekarang, dan akan datang semuanya berada dalam Luh Mahfuz Illahi. 


Manusia tidak dapat mengubah yang telah berlalu, tetapi berusaha yang terbaik untuk kini dan merancang untuk masa hadapan. Namun sebaik-baik perancang adalah Allah jua..kita mmpu berdoa utk yg terbaik dlm hidup kita..


Manusia diuji dengan pelbagai ujian. Tapi yang pasti Allah tidak akan membebani hambaNya dengan ujian tersebut kerana Allah Maha Mengetahui bahawa hambaNya mampu menangani ujian itu. Betapa agungNya Allah kerana Dia amat menyayangi hambaNya. Allah rindukan rintihan dari hambaNya. Allah rindukan munajat hambaNya. Allah rindukan ingatan hambaNya.


Wahai diri, sabarlah! Setiap yang susah pasti ada kesenangan selepas kesusahan. Itulah janjiNya dalam kalam suciNya. Senjata umat Islam adalah doa. Maka, berdoalah tak kira di mana jua dengan bahasa yang mudah dan difahami kerana Allah akan mengabulkan doa hamba yang berdoa kepadaNya..


Ajal maut, jodoh pertemuan ditangan DIA...jika DIA menghendaki kita nersama seseorang tu, pasti akn bersam..jika tidak, kita haruslah ikhlas dgn semua takdir itu...kuatkan hatiku ini ya ALLAH..




hati, kuatlah ....=)



4 comments:

Un Phat Lee said...

errr... mengapakah?

zue anak sudin said...

semoga aku juga kuat utk menempuh segalanya..... T_T

fathin kuat juga ye. insyaAllah..Allah akan berikan yg terbaik utk kita

mimi asmida said...

ya allah..hnye kau sje yg mengetahui n penentu sglenye..hadiahkn yg terbaik untk kami sume..amin...

Qaseh Dania said...

phat lee...ujian daripada DIA...apepun, kite ne ikhlas...=)

zue...amin...sama2lah kita ya..

mimi....amin3..

thnks my frenss..